#7 Margin Call 105286

Margin Call! Melihat trend adalah lebih bermakna daripada melihat berita ekonomi. Ini adalah kerana kadang2 trend tidak mengikut berita ekonomi.
Kesalahan yang dilakukan yang menyebabkan terjadinya margin call untuk 105286 ini adalah:-

  1. Tidak memasang SL.
  2. Terlalu banyak RT dibuat.
  3. Tidak berehat selepas buat trade.
  4. Tidak peka tentang market yang sekata, sepatutnya boleh memasang SPEED TRAP untuk keuntungan yang besar.
  5. Menunggu masa yang lama untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Selepas dibuat kajian, untuk speed trap, aku hanya perlu perlu meletakkan Pending Order  untuk BUY 20pip dan SELL 20 pip. Ambik profit 20pips jugak. Mesti kene kat dua2 order ni.. dan leh untung 40pips untuk order sell and buy. WOW!

    #6 105286

    Sepatutnya sebelum buat trade #6, aku perlu pastikan withdrawal dari akaun sudah bertukar status menjadi APPROVE. Tapi sebab terlalu lama unutk mendapat status approve, lalu aku terus membuat keputusan untuk membuat position baru. Dengan penuh berhati-hati aku melihat dulu pattern graf. TF5 menunjukkan menaik tetapi TF15 menunjukkan menurun, begitu juga dengan TF30,TF1H,TF4H menunjukkan pattern menurun. Berita ekonomi pula menunjukkan EU adalah menurun. Position SELL dibuat dan alhamdulilah mendapat keuntungan sebanyak 10pips. Menjadikan jumlah terkumpul setakat ini adalah USD 135.43. USD10 akan dikeluarkan seperti biasa sejurus selepas position ditutup.

    #5 105286

    Trade #5 105286 dibuat setelah berita ekonomi di teliti. Ini kerana TF5 dan TF15 semacam tidak sekepala. Take Profit (TP) dan Stop Loss (SL) di setkan kepada 10 pip masing2. Dan hasilnya, profit sebanyak 24pip. Menjadikan jumlahnya USD 125.43. Keseluruhan profit sebanyak USD24.43 perlu dikeluarkan sebelum membuat trade seterusnya.
     
    Online Advertising Mischa Barton Wallpapers